
WALK WITH WARRIORS
Sertai Kami — Jom Berjalan/Berlari/Berbasikal 7 KM!

Mengenai Program Amal Ini
Yayasan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (942692-A) (dahulunya dikenali sebagai Yayasan Kolonel Yang DiPertua RAMD) telah ditubuhkan bertujuan menghulurkan sumbangan kebajikan seperti pembiayaan perubatan, bencana, pendidikan dan lain-lain bantuan yang tidak dapat dibiayai oleh agensi bantuan kerajaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khasnya dan seluruh warganegara Malaysia amnya. Sepanjang Yayasan ini, ditubuhkan, sejumlah lebih 173 individu dan 67 badan pertubuhan telah diberi bantuan kebajikan dengan jumlah RM2,947,254.67.
Program Amal “Walk With Warriors (3W)” ini dilaksanakan bertujuan untuk mengumpul dana bantuan kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan. Selain itu, ianya juga dapat memupuk gaya hidup sihat serta memperkukuhkan hubungan antara komuniti dan organisasi yang bertepatan dengan konsep Whole Government, Whole Society (WOGOS). “Satu Langkah, Sejuta Senyuman” adalah Moto bagi Program Amal ini. Marilah sama-sama kita menyumbang kearah kesejahteraan rakyat.

Tarikh
21 Disember 2025 (Ahad)
Masa
6:15 hingga 10:00 Pagi
Lokasi
Dataran DBKL, Kuala Lumpur (berdekatan Dataran Merdeka)
Acara santai ini akan membawa anda melalui pusat bandaraya Kuala Lumpur yang indah, melepasi mercu tanda ikonik. Acara ini menggunakan laluan yang sama dengan acara mingguan KL Car-Free Morning anjuran DBKL.

Butiran Pek Larian
Setiap penyertaan akan menerima pek eksklusif yang mengandungi pelbagai barangan menarik.
- Baju-T Rasmi Acara (Dry-fit)
- Medal Penamat
- Beg Eksklusif
- E-Sijil Penyertaan (Muat turun)

20 Hadiah Cabutan Bertuah
Cabutan akan dilaksanakan selepas acara larian di Dataran DBKL

Daftar Sekarang
Tarikh Tutup Pendaftaran
9 November 2025
Yuran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan bayaran yuran penyertaan sebanyak RM 45.00. Bayaran dibuat melalui atas talian semasa pendaftaran.
Peserta Misteri
Pendaftaran yang menerima ID ke- 9, 123, 1234, 3945, 4234, 4567, 5827, 7777, 8888 & 9999 akan menerima hadiah misteri!
Pengambilan Pek Larian
(Lokasi)13 & 14 Disember 2025 di Masjid Khalid bin Al-Walid, Jalan Padang Tembak, KL.
Perkhidmatan pos juga disediakan atas pilihan semasa pendaftaran.
Insurans Diri
Setiap penyertaan akan dilindungi dengan insurans kemalangan diri (PA).